Friday, January 30, 2009

Kursus Udang Galah @ Ulu Bendul,

Ahad lepas, 25hb Januari 2009, aku dengan Mon telah menyertai kursus Menternak Udang Galah dekat Ulu Bendul Kuala Pilah, Negeri Sembilan...Kursus ini dianjurkan oleh pihak pengusaha kolam iaitu TrueAqua Enterprise...

Peserta yang join kursus ni seramai 10 orang je...memang pihak penganjur limit kan penyertaan...bagi aku ini adalah satu konsep yang baik la...tak terlalu ramai dan senang untuk handle...dengan venue kursus yang santai tepi kolam memang best...

kolam udang galah ni diusahakan oleh 4 orang anak muda...secara kebetulan pulak..salah sorang dari mereka tu jiran lama aku masa aku duduk dekat kuarters TNB, Taman Raja Zainal kt Port Dickson...bangga betul aku dengan dierang ni...usaha dierang selama 2 tahun ni memang menampak kan hasil yang membanggakan dan sememang nye lumayan la...hehe...memang bukan senang la nak sampai ke tahap sekarang ni...banyak gak dugaan yang mereka lalui...bagi aku itu lumrah dalam kehidupan...setiap kejayaan itu pasti bermula dengan kekecewaan dan dari situ la kiter dapat kuat kan semangat dan usaha sampai jaya...

kursus tu mengambil masa sehari jugak la...bermula dari jam 9.00pg dan tamat pada jam 6.00ptg...dalam kursus tu kami diberi pendedahan mengenai ternak udang galah secara intensif...kalo nk cerita dalam ni memang banyak la...di entry akan datang kalo kerajinan aku smp ke tahap maksimum aku draft kan detail cara-cara ternak udang galah ni...hehe...

sinopsis dari kursus udang galah ni...apa yang aku nampak...kerja-kerja untuk ternak udang galah ni mmg agak merumitkan tapi pulangan yang lumayan...penjagaan PH air teramat lah penting untuk ternak udang galah ni...

dari segi market pulak aku nampak mmg tidak mencukupi...mereka pun kadang sampai xde stok utk dipasarkan...bermakna permintaan utk udang galah ni mmg tinggi...sekiranye korang berminat la nk start projek udang galah ni...korang bleh la join kursus yang dianjurkan oleh TrueAqua ni...memang tak rugi la kalau korang join kursus ni...aku join pun bukan kata aku nk buat projek udang galah ni...aku untuk menambah ilmu aku je dalam bidang ternakan ni...

gambar-gambar masa kursus tu nanti aku akan upload...camera tggl kat umah...hehe...

kat sini aku sertakan link blog TrueAqua Enterprise ni http://www.freshwaterprawn.blogspot.com/

Saturday, January 24, 2009

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Oleh Orang Ringgit Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.

#1:
Berhenti merokok "Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu." --Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28 Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

#2:
Bawa bekalan ke tempat kerja "Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu."--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36 Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!

#3:
Cuci kereta sendiri "Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta." --Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26 Orang Ringgit: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

#4:
Beriadah di rumah "Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan."--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25 Orang Ringgit: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.

#5:
Bayar bil kredit kad pada masanya "Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi."--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23 Orang Ringgit: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.

#6:
Ajar anak anda sendiri "Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan."--Puan Kannan, penulis bebas. Umur: 42 Orang Ringgit: Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti.

#7:
Lepak di gerai "teh tarik" daripada di restoran yang mahal "Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu. --Sofiana, pelajar. Umur: 18 Orang Ringgit: Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun.

#8:
Kurangkan penggunaan elektrik "Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan."--Puan Cheah, suri rumah. Umur: 47 Orang Ringgit: Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.

#9:
Rancang pembelian barangan dapur "Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan."--Dina, penjual bunga. Umur: 33 Orang Ringgit: Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.

#10:
Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian "Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan Internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan."--Rajesh Nair, Jurutera Perisian. Umur: 28 Orang Ringgit: Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan Internet.

Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

Sekirenye korang berminat nk menabung dari sekarang, korang lawat blog aku yang ni >>> http://mymutualsaving.blogspot.com/ ... mesti korang akan berfikir kenapa aku tak menabung or menyimpan dari muda or dari awal...

Renung-renungkan laaa...

Koleksi citer Lawak

Lawak 1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.
Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual,
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????
Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....
Lawak 5
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.
Lawak 6
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.
Lawak 7
Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di pub. Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur...dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "Eh sayang, ada 6 kaki kat katil kita nie". Hana menjawab dalam nada mengantuk, " Abang, lebih baik abang tidur saja, lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa". Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian. Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 3, 4, 5, 6....sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata, " Sayang, betul lah ada 6 kaki kat katil kita nie". Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, " Apa laa abang nie, sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil nie. Pastu cuba kira balik". Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil mengira, 1, 2, 3, 4. Kemudian dia berkata, " A'ah laa sayang, betul cakap sayang tadi...cuma ada 4 kaki saja".
Lawak 8
Ini ado satu cito den nak kaba kan kek ekau semuo..(iyo satu yo..tak duo..tak tigo).. kisah berlaku kek satu kg yg bernamo...Kampung Goreng Pon Sodap..ado duo baranak tinggal kek hujung kg ni, pak abu dan milah..milah ni taklah cantik sgt tapi selero jugak lah mato yg mandang kek dio ni.. seluruh jejako di kg tu mmg syok abih kat milah ni lebih2 lai.. satu mamat namo ee.. ali.. ali ni mmg dah target..kalau dapek kek dio milah ni.. mmg dio nak 'overhaul' habih2..pado satu ari... ali ni tergorak ati nak ajak pak abu bersaing ke surau.. ( alasan je tuh )..
ali : assalammualaikum pak abu......
p abu: waalaikumussalam. .. o ali .. apo ko halnyo..
ali : tak ado apo pak bu.. den igt nak ajak pak abu bersaing ke surau..
p abu: oiih.. baguihlah.. tunggulah kojap.. den nak salin seluar dlm...ekau masuklah dulu..dok sini diam2 yo..
sambil berlalu masuk ke bilik. dan tibo2.. milah keluar dari biliknya..berkomban ajo membawo.. sebakul pakaian yg nak dibasuh.... di perigi luar romah ee..
ali : hi.. milah.. jom main
milah: ishh.. apo ko ni ali.. tak baik ckp cam tutau..
ali : alah sikit yo..
milah: tak buleh..tak buleh ( sambil terus keluar )
ali : (dlm hati) jago ko.. kan ku buleh..bulehkan. ..
milah : (menjeling dan menjerit). bapak.. milah kek perigi yo..nak cuci kain2 ni hah... tak yah kunci pintu ni.. bye ali.
tetibo..
pak abu: hah.. apo di tonung tu ali.. dah jom kito poi..
ali : jom......... . ......alamak pak ali..mano selipa den ni..tadi ado kek sini..
pak abu: oo..ni mesti si milah salah pakai selipa ekau.. gilah ekau mintak kek dio selipa ko tu.. dio ado kat perigi sano tuhah..den tunggu sini.. nak sodut rokok ni sebatang..
ali : yolah pak abu.. den poi mintadan......... ......... ali pun merempuh masuk.. dan sekonyong2 ee nampaklah milah yg tongah telanjang bulek..comel. .ajo segalo2..
milah : ishh.. ali.. apo ni.. den jorit kang..
ali : jangan jorit.. bapak ekau yg suruh den dtg sini main..dio kato kalau tak main nanti. den mati tongah jln..
milah : tipu ekau ni li...
ali : den tak tipu do.. ko dongar ni.. den buktikan(menjerit dongan kuat)......pakabuuuuuu..milah tak bori..
pak abu: (dari jauh melaung)... milah.. tak baik...ali nak copek tu...
ali : hah..ekau dongar tak dan.. maka terjadilah perkara yg sesedap rasa adonye... tp kalau dah dasar buayo.. mmg dio tak pueh..
ali : sodapnyo milah... eh.. den lupo plak.. bapak ekau kato tadi kalau dah raso yg kek dopan.. kono raso yg belakng jugak..
milah : den tak cayo cakap ko ni li..
ali : laaaaaaaaa.. . tak cayo lai.. ekau dongar den jorit ni..pakabu......... .....milah kasi sobolah yooooooo...
pak abu : patutlah lamo bona.. milah main kan ali rupanyo...(jerit)..... ........BAGI DUO-DUO BELAHMILAHHHHHHHHHH dan.. tak yah den cito apa yg terjadi....
moral of the story..jgn pakai selipar org.........

Wednesday, January 21, 2009

Al-Fatihah...

Pagi ni aku dpt email link blog seorang ibu menceritakan kisah kematian anak kesayangannye die tangan pengasuh...sebak hati aku bile baca blog tu...abis sume entry aku baca...menitis air mata aku bile terbayang kan keadaan ibu tersebut...arwah anak die sama baya dengan anak aku, syabil...macam2 bermain di fikiran aku bile au teringat syabil di rumah pengasuh nye...

aku harap mama zulaikha dan family tabah kan hati dan bersabar atas apa yg telah berlaku...

kat cni aku bagi link blog mama zulaikha ni... http://memorizulaikha.blogspot.com

Al-fatihah untuk arwah adik zulaikha...

Friday, January 16, 2009

Solex la selipar anda..

Memandangkan hari ini Jumaat, semua umat islam akan menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan...bila sebut je soalt jumaat memang sinonim dengan kejadian hilang selipar dan kasut...dan baru2 ni, di masjid india kuala lumpur, seorang pemuda berjaya ditangkap sedang mencuri kasut...apa la...orang patut beribadat...die boleh pulak buat kerja jahat...huhu...

gambar bawah ni salah satu cara nak elak kecurian...haha



Gile Nye Privacy..huhu..

Bila terlalu penting kan privacy gini la jadik nye...huhu...












Saturday, January 10, 2009

Mengalami masalah "NTLDR missing"

Tentu pernah anda menjumpai situasi sebegini ketika ingin loading Windows XP.
“NTLDR Missing”
“Press Ctrl-Alt-Del to restart”
Apabila ini berlaku masalah besar mula timbul dimana anda tidak boleh masuk ke Windows XP lagi. Jika anda mempunyai Cd Windows XP anda boleh membaik pulih dan kembali kepada sedia kala.


Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi proses pemulihan.
Langkah-langkahnya adalah :
1. Boot computer anda dengan cd tersebut
2. Di menu Setup Windows Xp, press (tekan) R untuk repair windows.
3. Anda akan log on ke windows installation dan masukkan admin password.
4. Kemudian copy file dengan menggunakan arahan
c:\copy x:\i386\ntldr c:\
c:\copy x:\i386\ntdetect.com c:\
5. Setelah file itu dicopy, reboot computer.

***x adalah CD-ROM / DVD-ROM anda.

Proxy Sekat Pengguna ke Laman Web

Proxy Sekat Pengguna ke Laman Web
Anda tidak boleh melayari laman web yang dikehendaki seperti [ myspace, friendster, surat khabar online & sebagainya ] dipejabat ?..Ini disebabkan pejabat anda menggunakan Proxy Server atau firewall…Banyak tujuan sesetengah pejabat kerajaan, bukan kerajaan, universiti atau sebagainya meggunakan Proxy Server adalah tidak membenarkan kakitangan pejabat untuk melayari internet supaya data-data atau maklumat yang tidak diingini [ virus, spam, dan sebagainya ] masuk kedalam sistem komputer…

Banyak cara untuk melepasi Proxy Server, tetapi anda kena paham maksud Apa itu Proxy Server ?..

Blog ini adalah untuk pengetahuan dan pembelajaran..

“Proxy server is a computer that offers a computer network service to allow clients to make indirect network connections to other network services. A client connects to the proxy server, then requests a connection, file, or other resource available on a different server. The proxy provides the resource either by connecting to the specified server or by serving it from a cache. In some cases, the proxy may alter the client’s request or the server’s response for various purposes.” -From Wikipedia-

PROXY SERVER adalah sejenis penimbal ( buffer ) diantara komputer anda dengan sumber internet yang anda layari [ laman web, arkib FTP, dan sebagainya ]…Data atau maklumat yang anda minta dari internet akan melalui Proxy Server dahulu, kemudian Proxy Server akan menghantar data yang dipinta kepada anda selepas menerima data dari internet. .

Proxy Server juga adalah tempat menyimpan data yang pernah dimohon oleh anda sendiri.
Sebagai contoh:
PenggunaA ——> PROXY SERVER ——> Internet
Pengguna A <—— PROXY SERVER <—— Internet

Apa itu RSS?

Apa Itu RSS?
Anda tentu pernah lihat ikon RSS di laman-laman web..Ikon ini memberitahu anda atau pelawat dimana RSS Feed disediakan bagi laman web tersebut..Tapi Apa itu RSS?…Apa Kegunaannya?…Macam Mana nak guna?…Pasti persolan ini bermain difikiran mereka yang tidak mengetahui atau tidak pernah menggunakan RSS ni..Tak kira apa pun rupa bentuk yang anda jumpa, ia tetap membawa kepada 1 tujuan yang sama….

Apa Itu RSS?
Sesetengah pelawat masih lagi tidak mengetahui kelebihan & kegunaan RSS Feed ni…RSS ialah singkatan bagi RDF Site Summary atau Rich Site Summary. RSS adalah sebuah format programming web berbasis XML yang dapat digunakan oleh pemilik web untuk melakukan ringkasan isi web…RSS feed ini dibaca samada menggunakan pelayar web anda atau menggunakan FeedReader…

Apa Itu Kegunaannya ?
RSS ini digunakan untuk membolehkan dan memudahkan anda membaca artikel-artikel yang terbaru termasuk juga artikel-artikel yang lain pada sesuatu laman web tanpa mengunjungi atau melayari laman web tersebut…Ia menghantar artikel terus kepada anda…Anda akan dapat mengetahui ringkasan dari isi laman web, dan sekiranya anda ingin mengetahui keseluruhan isi pada artikel tersebut, anda hanya perlu mengklik pada link artikel tersebut..

Apa Kelebihannya ?
Ia boleh menjimatkan masa dan membolehkan anda membaca artikel-artikel dari laman web kegemaran anda dengan pantas…Anda juga tidak akan ketinggalan atau terlepas untuk menerima aritkel-artikel baru…Bayangkan anda mempunyai 50 laman web kegemaran, pahtu anda nak kene melayari satu per satu laman web, bagi melihat terdapat artikel baru… Itu jika laman web tu kemaskini pada hari tu, kalau tak der…Rugi masa kan..

New PatrolCar...Mitshubishi Evolution 10

Wow...new patrol car for Malaysian Policeman...Mitsubishi Evolution 10...Watch out you street racer...Hahaha...!!!






Monday, January 5, 2009

AZAM...pernah ke tercapai?

aku percaya setiap menjelang tahun baru...semua orang akan berazam...setiap orang ade azam yang mahu dicapai...tapi pernah tak korang capai azam itu??...penting ke azam tu?..itu lah soalan yang selalu aku fikirkan setiap kali orang bercerita pasal azam tahun baru mereka...

aku tak pernah berazam dalam hidup aku selama ni...aku jenis yang "go with the flow"...bagi aku tak perlu la kiter bercerita pada sume orang apa azam kite...sebab yang akan laksana kan azam tu diri kiter sendiri bukan orang lain...kalo la tak terlaksana azam tu...apa akibat nye...huhu...tah la...tu pada pandangan aku la...

tapi tah kenapa pada tahun ni aku cam ade rasa berazam kan sesuatu...banyak jugak la yang aku azam kan...hehe...mungkin sebab sebelum dan selepas tahun baru tu...asyik dengar pasal azam rakyat malaysia je kt corong2 radio...

apa yang aku azam kan, biar la menjadi rahsia aku sendiri...aku doakan apa yang korang azam kan pada tahun 2009 ni tercapai...

Trading

Sekarang ni aku dengan Mon mula berjinak-jinak dalam trading ni...Fokus trade kami lebih kepada bahan makanan yang hendak dieksport ke luar negara...bahan makanan seperti itik, telur itik, ayam, udang dan ikan...baru-baru ni kiterang dapat order dari Italy untuk bekalkan udang putih@vanamei dan yellow fin tuna...

Sekira nya korang ade relatives kat mana2 serata dunia atau yang ade buat ternakan udang atau seafood kat malaysia...boleh la hubungi aku..012-2582039 atau email : khidir_931@yahoo.com


vannamei shrimp

Seafood Products

whole chicken

duck eggs

Sunday, January 4, 2009

Rumah!!!

Sebut saje pasal nak beli rumah...aku dengan wife aku mula pening kepala...pening memikirkan kawasan mana dan type rumah yang hendak dibeli...kalo nak beli kereta tidak pernah pulak pening kepala...huhu...Toyota Caldina...kereta impian kami sekeluarga...hehe...boleh aje kalo aku nak beli caldina tu...cuma aku fikir kan balik baik aku beli umah...itu lah...

sebuat saje pasal rumah...mula la aku pening kepala...pening memikirkan harga rumah yang tak masuk akal di kawasan kuala lumpur ni...rumah yang aku sewa sekarang ni aku bayar RM400 sebulan...rumah town house 3 bilik area Templer Park...pernah jugak aku terpikir nak beli...harga dalam lingkungan RM140k - 160k...huhu...belakang blok rumah aku sekarang ni...rumah double storey 4 bilik...harga RM245k...huhu...besar rumah ni kalo dibandingkan...lagi besar rumah mak aku kat PD Utama...kalo rate sekarang dalam RM140k...jauh giler beza die...

Nak wat camna...dah rezeki aku dapat kerja di kuala lumpur ni...serba serbi mahal...

Malam semalam lepas aku bawak syabil jalan2 kat Suria KLCC...aku singgah sekejap rumah sewa Mon yang baru...Garden Villa apartment 5 tingkat dekat Selayang Height...dekat je dengan kawasan rumah sewa aku...memang tiap hari akan lalu sebelah apartment tu...terkejut jugak aku bile masuk rumah tu...besar betul kawasan rumah...ruang makan dan ruang tamu berasingan...dapur pun tertutup...balkoni yang besar...masterbed room yang 2 kali ganda besar dari bilik aku sekarang...wife aku terus terpesona dengan design rumah tu...same goes with me...hehe...macam2 terlintas kat fikiran aku kalo aku beli apartment tu...siap termimpi2 aku bila tido semalam...mimpi nak deco rumah...hehe...mengikut kata Mon...rate apartment tu dalam 160k-180k...fooh...lebih kurang harga rumah sewa aku je...

on the way nak balik rumah...aku ngan wife discuss pasal nak beli apartment tu...wife aku tersenyum lebar...tanda nye die berkenan la tu...sebab dulu masa aku nak beli kondo kt Taman Melati die tak mahu...sebab rumah atas katanye...nak rumah ade tanah...rumah teres ar tu...disebabkan kepeningan yang tak dapat di tahan lagi untuk memiliki rumah sendiri...die suruh aku survey kan kalo2 ade kekosongan lagi dekat area apartment tu...

so, misi aku esok...lunch hour aku nk cabut kejap pergi tanya developer garden villa tu...doa2 kan la ade kekosongan...aku dah tak larat nak memeningkan kepala aku ini dengan isu beli rumah ni...AMIN.....

Saturday, January 3, 2009

New Year @ wad..

huhu..new year 2008 aku check in kt genting ngan wife aku siap BBQ ngan kekawan rapat...for this 2009 new year...satu family celebrate kt Ampang Puteri Specialist Hospital...anak kesayangan aku syabil terpaksa admitted after check-up...

Pada pagi khamis dalam kul 4.00am, syabil jatuh katil...die mmg tido lasak...sedar die dh melalak kt lantai...aku dgn cemas cek la badan die takut2 ade lebam2 ke...buat kali kedua nye die jatuh katil...die melalak kejap je cam biasa..then sambung tido...ptg tu dalam kul 530 die start muntah2...mule aku igt die tersalah makan ke...then muntah lagi...aku tak sedap hati...kebetulan aritu mak ngan makcu nk dtg umah...mak sampai2 je...die muntah lagi...terus aku bwk gi klinik panel kt selayang baru...dah la ngan org ramai...sambil tggu turn tu...die muntah lagi...xsampai hati aku tgk anak aku camtu...dekat 2 jam la aku tunggu dgn kesabaran...masuk je jumpa doktor...die terus kata kene refer pakar...sbb kene scan takut ade internal injury...aku pun kata nk anta kt ampang puteri...lps dpt description aku balik umah packing brg2 die incase kene admit...

then kt ampang puteri, seperti yg telah dijangka syabil kene tahan wad...doktor kata xde apa2...fooh...lega hati aku...lepas ambil sample darah die...rupe nye ade kuman dalam darah die...kene la cucuk lagi tgn die utk kali ketiga nye...die cam dh tahu tgn die nk kene cucuk...die pandang "kerek" je kt nurse tu...hehe...klakar aku tgk muke die...

stay la kami anak beranak malam new year tu kt wad...mule igt kan semalam je...after checkup keesokan nye...doc suggest stay lagi satu hari...nk tambah antibiotik lagi dlm darah die...sbb die still muntah2 n cirit...

alhamdulillah ptg tadi die dh bleh kuar...tapi problem plak nk discharge...sistem insuran prudential aku down...finance xdpt reply dr prudential...dari 500ptg smp la kul 1030mlm aku tggu...discuss ngan finance dierang pun releasekan akhir nye...girang tul aku tgk muke anak aku masa kuar dr hospital tu..."woosh"...woosh" kuar dr mulut die...agak nye boring duk terperap je kt dalam bilik wad tu...2 mlm aku tido kt hospital...arini dgn tenang nye aku dpt tido kt umah..."home sweet home"...hehe..

aku nk ucapkan terima kasih pada kekawan aku yg sudi datg melawat kami...ramai gak yg dtg melawat...terharu lak rasa nye...thanx guys...