Saturday, January 10, 2009

Proxy Sekat Pengguna ke Laman Web

Proxy Sekat Pengguna ke Laman Web
Anda tidak boleh melayari laman web yang dikehendaki seperti [ myspace, friendster, surat khabar online & sebagainya ] dipejabat ?..Ini disebabkan pejabat anda menggunakan Proxy Server atau firewall…Banyak tujuan sesetengah pejabat kerajaan, bukan kerajaan, universiti atau sebagainya meggunakan Proxy Server adalah tidak membenarkan kakitangan pejabat untuk melayari internet supaya data-data atau maklumat yang tidak diingini [ virus, spam, dan sebagainya ] masuk kedalam sistem komputer…

Banyak cara untuk melepasi Proxy Server, tetapi anda kena paham maksud Apa itu Proxy Server ?..

Blog ini adalah untuk pengetahuan dan pembelajaran..

“Proxy server is a computer that offers a computer network service to allow clients to make indirect network connections to other network services. A client connects to the proxy server, then requests a connection, file, or other resource available on a different server. The proxy provides the resource either by connecting to the specified server or by serving it from a cache. In some cases, the proxy may alter the client’s request or the server’s response for various purposes.” -From Wikipedia-

PROXY SERVER adalah sejenis penimbal ( buffer ) diantara komputer anda dengan sumber internet yang anda layari [ laman web, arkib FTP, dan sebagainya ]…Data atau maklumat yang anda minta dari internet akan melalui Proxy Server dahulu, kemudian Proxy Server akan menghantar data yang dipinta kepada anda selepas menerima data dari internet. .

Proxy Server juga adalah tempat menyimpan data yang pernah dimohon oleh anda sendiri.
Sebagai contoh:
PenggunaA ——> PROXY SERVER ——> Internet
Pengguna A <—— PROXY SERVER <—— Internet

1 comment:

Anonymous said...

aku x paham lah..... berikan contoh hehehehe