Tuesday, December 23, 2008

Monday, December 22, 2008

Cameron HighLands

Jumaat 6.30pm, 19 Disember 2008, aku bersama family kawan baik (Acu) aku pergi ke cameron highlands...vacation yang tidak dirancang sebenarnyer...acu call wife aku hari khamis then ajak aku pergi cameron...anak2 die tak berjalan lagi kata nyer cuti sekolah ni...die kata full sponsored...hehe...kesian pulak aku dengan anak2 die...walaupun aku terpaksa korban kan hobi aku untuk minggu tu...(ada event Drag kt melaka)...

first time dalam hidup aku drive naik cameron malam2...huhu...agak adventure jugak la...dengan hujan yang lebat sesangat sampai x nampk jalan...aku naik ikut Simpang Pulai...memang jarak pemandangan tu x sampai 5 kaki...aku drive perlahan berpandukan line putih jalan tu...amik masa dekat 2 jam la jugak aku nk sampai ke persimpangan Kg. Raja tu...

Yang menarik pada malam tu...kilauan cahaya lampu dari rumah2 fetergasi yang ada kt lereng2 bukit tu...memang cantik view malam tu...terang benderang kawasan lereng bukit tu...then berhenti sekejap kt pekan Brinchang, acu nk beli ubat untuk anak die...wife aku dh booked apartment kat Tanah Rata...itu pun last kopek kata nyer..sume apartment fully booked...cuti sekolah la katakan...

Sampai kt Tanah Rata pukul 10.00pm, masing dah kelaparan dengan angin sejuk...makan la dulu kat medan selera...then baru la gi ke apartment...

sabtu pagi tu bergerak la pegi jalan2...aku bawak la dierang pegi Smoke House, Strawberry Park, Kea Farm, Ladang BOH Sg. Palas...Acu shopping bunga ngan orkid tak hengat nyer...hehe..alang2 sampai kata nyer...ekekeke...wife aku cam biasa rutin biasa kalo gi cameron, borong sayur-sayuran untuk buat bubur syabil...

Gerak balik pukul 6.00pm, sampai KL dalam kul 9.00pm...ni ade la skit2 pic yang sempat aku snap..

* Smoke House


*Kea Farm




*Ladang BOH, Sg. Palas





Thursday, December 18, 2008

K.E.N.T.U.T

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay.

Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay,akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut.

Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.

"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.

"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.

Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.

"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan.

Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah didengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.

"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.

"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.

Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.

"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.

"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.

Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.

Moral kepada lelaki : Jangan kentut dihadapan GAY. AWAS

kelisa...evo 7...ferarri...

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..

mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"

Wednesday, December 17, 2008

Kisah Bomoh

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dankesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....Saya telah mendengar kisah seorangbomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkanperniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkanperniagaa orang lain hancur....nauzubill ah...Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang.Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut:

Saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala.(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

Saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkanperniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?'

saya menjawab: tidak.

bomoh tadi makin hairan.'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama.Mengapa pula begitu?'

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga,peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.

bomoh: baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini'.

lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup.biar pak cik ajar cukup-cukup.

Saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...'

Bomoh: bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?'

Saya: er..Mcdonald dan KFC.....

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya.katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana .Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....

moral of the story:
mereka ini hanya bermain silap mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul)kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..

InsyaAllah anda semua akan maju...Wallahualam. ...maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecilyang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYA...Allahuakba r!

SEBAB LU KAYA!!!

Entah lah.....

"Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard...Sebab apa?...SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa??? SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...LU PIKIR LA SENDIRI!!"

Perangai anak kecil...

aku dpt email dr mbr aku pasal bdk kecik ni buat perangai merajuk la konon2...hehe..


Monday, December 15, 2008

Result @ MUSC Drag Challenge








Fooh...jurney yang amat memenatkan badan...huhu...gerak dari ukay perdana kul 6.00pagi...sepanjang perjalanan hujan...singgah RNR rawang jumpa geng2 kancil lain...then gerak terus ke Kg. Gajah...kiterang exit tol Bidor...dah terang masa tu...then benti breakfast jap...macam problem ar sepanjang perjalanan tu...kejap2 berhenti...disebabkan keta si panjang x dapt setting untuk EVC die...memang banyak berenti ar masa otw tu...dengan keta si janggut pun problem...nat minyak itam tercicir tah kemana...

Sampai Kg.Gajah dekat pukul 10.00pg...ingat kan event dah mula...sekali cam xde orang plak...lepas kuar kan brang2 dari keta...terus register...RM150 huhu...30 hengget lagi sama cam event SDB...tapi xpe la...semangat motosports nye pasal...siap dapat goodie bag berisi beberapa keping stiker+tshirt+keychain+magazine skuterama(dah club scoot yg anjur)...

Lepas je registration...aku pun hayun la keta untuk free-running...banyak kali gak la aku belasah free-running...sebab dah lama kan stop main drag ni...nk cari feel la katakan...hehe...tak banyak pun penyertaan...kategori K-Car ade la dalam 6 biji...cam biasa la...keta aku yg stendet mendet tu...xde wat preparation untuk event...so aku kecundang masa knock-out...jumpa pun kete geng sendiri...dah tahu dah kalo main ngan die aku kene nyer...hehe...kata pun for fun je kan...saje lepas kan gian...

Result untuk Kategori K-Car :
1 - Zahid aka Panjang - FR Garage
2 - Anu - NSDrag
3 - Yasir aka Janggut - Jwork Garage

Tak tunggu pun sampai event abis...sebab hujan...otw balaik singgah umah abg Usop...die jemput makan kenduri kawin akak die...mmg memasing kelaparan tahap maksimum...melantak tak hingat nyer...hehe...hujan yg amat lebat sepanjang perjalanan balik tu...kejap2 benti sebab keta memasing xde aircond(keta racing la kata kan..)...aku tido je sepanjang perjalanan balik tu...dah tak larat nk drive...so aku srh eim drive...sedar2 dah sampai ukay perdana...sampai dalam pukul 8.30mlm...pekena teh tarik segelas...aku pun gerak balik umah...ALHAMDULILLAH semua selamat pergi dan pulang...

*Preparation kt workshop FR Garage



*Kt starting line












Saturday, December 13, 2008

MUSC Drag Challenge @ Kg. Gajah




Pagi dalam pukul 2 nanti aku dan FR Garage crew akan bergerak kr Kg. Gajah untuk event Drag kat sana...event ni dianjurkan oleh MUSC...ni sume gara-gara si panjang, eim ngan edi ar...duk racun2 aku join dierang ke sana...dari mlm td die sibuk siap kan keta drag die...

aku mmg dh lama berkecimpung dlm sukan permotoran drag ni...sejak aku dh ade komitmen family ni...aku kurang skit join sukan motorsports ni...tapi hati tu mmg ade nk join...dalam tahun 2007 aku giat ar join event drag ni...ckp je la mana ade event...confirm aku smp...mostly aku join event SDB (Sepang Drag Battle)...

aku main pun bukan la pakai keta besar2...dgn mengunakan keta kancil kesayangan aku tu...aku cuba memuaskan hati dgn minat ngan motorsports ni...sejak dr event kt Batu 3, Shah Alam lagi aku mmg berniat...satu ari nnt aku mesti main drag gak...hehe...hasrat mula konon2 nye nk pakai putra bernadi kan enjin evo3...tapi niat tak kesampaian disamping faktor kos yg amat tinggi...so, aku guna la keta kancil yg aku beli dr mak aku...hehe...

ok la...nnt dh balik dr cna aku akan update pic ngan result skali...hopefully xde apa2 problem la aku kt cna nnt..INSYALLAH...
*pic masa drag kt Sepang, SDB 2007

Friday, December 12, 2008

Ternak itik Telur


Kat sini aku ada sedikit info cara-cara nk bela itik telur...harap sesapa yg terbaca ni boleh la start projek itik telir ni kalo berminat...

PENDAHULUAN
Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
- mempunyai daya hidup yang tinggi
- bebas dari kecacatan
- penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
- menghasilkan telur yang berkualiti
- berat antara 65 - 75 gm sebiji
- kulit telur adalah keras
- warna kuning telur kemerah-merahan
- saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
- ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
- Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.

PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-

- Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
- Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.
- Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
- Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN
Induk palsu antaranya:

- Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
- Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
- Sarang bertelur
- Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
1-Makanan komersil
2-Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.

Umur Jenis Makanan Protin Tenaga
0 - 2 minggu “Duck Starter” 20 % 2700-3000
2 - 3 minggu “Duck Starter” dicampur “Duck Grower” - -
4 - 16 minggu “Duck Grower” 16 % 2500 - 2800 16 minggu dan bertelur “Layer” 17 % 2600 - 2900

2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-
- Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur Berat
0 - 4 minggu 1.2 kg. - 1.6 kg.
5 minggu - 22 minggu 11.0 kg - 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

*Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
- Menjaga kebersihan ladang setiap masa
- Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
- Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.
- Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
- Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
- Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

Sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
- Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
- Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
- Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
- Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
- Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
- Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:

- Persediaan sebelum ketibaan anak itik
- Pemeliharaan semasa perindukan
- Pengurusan semasa membesar
- Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
- Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
- Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.
- Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan
- Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
- Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat -taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
- Beri antistress selama 3 hari.
- Beri makanan duck starter crumble tanpa had
- Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
- Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar
- Keluarkan alat pemanas dan pembentung
- Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
- Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
- Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl
- Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
- Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur
- Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-
- Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.
- Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.
- Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.
- Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
- Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
- Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
- Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
- Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
- Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-

Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0.

Telur Masin
Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.

Thursday, December 11, 2008

*Bandung Trip*


Pada 29 Oktober 2008, aku ngan family bercuti ke Bandung Indonesia...The best trip ever...Planning nk gi Bandung ni dr last year lagi...dekat setahun gak la kumpul duit, sanggup raya x shopping...hehe...then ade rezeki lebih skit utk bwk anak bini aku jejalan makan angin...mmg excited la...masing2 menghitung hari je...yela cos the 1st time aku naik plane and gi "obersea" la kata org...hehehe...aku pergi ngan family norlie mbr baik wife aku dari politeknik lagi...so total sume 6 org...4 adults and 2 infant...

Aku booking online melalui go holiday air asia...aku rasa murah jugak la aku dpt package ni...RM 1443.00 utk 3 org siap acommodation for 4days3nite...

For the 1st time dlm hidup aku naik plane...mmg excited...mcm2 rumours ar...masa nk take off rasa pening la...leh muntah la...huhu...serius aku mmg enjoy masa nk take off tu...die punye G-force mmg terasa...terasa cam masa aku main drag kt sepang je...tp G-force die lagi power la...

Paling aku ske tgk gelagat anak aku, syabil masa kt dlm plane tu..."huish...huish"...kuar dr mulut die...then nk tgk luar dr tingkap...sbb aku dpt duduk kt tepi tingkap...perjalanan amik masa 2 jam dari terminal LCCT, KLIA ke airport Bandara Husien Sastaranegara Bandung...cuaca disana masa aku smp mendung sbb baru lepas hujan...sejuk gak la...dah la aku pakai short je...sbb itu je suar yg aku bwk...hehe...niat nk shopping sakan kt bandung...

Sampai je...kiterang nyer "Supir aka Tour guide"...dh tggu...ni sume wife aku yg deal...die dpt contact no Amir ni...then deal...Kiterang stay kt Mutiara Hotel, tul2 tgh town bandung...agak pack jugak kawasan die...sbb tgh2 town kan...

Lepas je check in...masuk bilik ltk2 brg then turun blk sbb nk kuar gi dinner...kt cna awal sejam dr masa kite kt malaysia ni...so kul 6 tu dh gelap cam kul 8...Amir bwk kiterang dinner kt atas bukit bandung..."Lisung nama restoren tu"...mmg view best gile...enviroment yg menarik...makanan pun best2...1st time rasa masakan indonesia...pelik2 gak nama makanan dierang yela..dh bahasa dierang kan..antara menu yg kiterang order mlm tu "Sup Buntut Pedas, Sup Buntut Bakar"...ekeke...mmg kiterang gelak je baca menu masa tu...ekekee..slamat ar ade Amir...leh gak die explain kt aku ni...hehe...tapi mmg best...hage pun berpatutan la...

Memang btul ar kata org bandung ni syurga shopping...mmg byk giler ar brg yg bleh shopping...rege kalo dibanding kan kt malaysia...4-5 kali ganda...sbb kt cna byk Factory Outlet...

antara tempat menarik shopping :
- Rumah Mode
- Secret
- Heritage
- Pasar Baru

Tempat tarikan pelancong kt bandung ni selain shopping ialah gunung berapi die...ade org kata gunung berapi ni dh tak aktif...cett!!...penipu...aktif lagi beb...aku tgk siap ade asap2 lagi...org cna pun kata masih aktif....huhu...bahaya2...tapi mmg best view die...amik masa sejam gak la nk ke gunung berapi tu...

Selepas 4hari kt cna...cam xmo blk plak..ekeke..rasa cam sekejap je masa berlalu..dh nk blk malaysia...Terima Kasih pada Amir sbb bwk kiterang jalan2 kt Bandung...

Untuk pengetahuan korang...kalo korang nk pegi bandung...Amir ni mmg freelance tour guide...korang leh ar contact die kalo nk ke sana... ni link blog die (aku yg ajar die buat blog...hehe...) http://amirseun.blogspot.com/ ...confirm korang puas ati ngan service die...

Kt cni aku letak serba sedikit ar pic2 masa kt bandung aritu...selebih nyer korang leh ar tgk kt photobucket aku.. http://s406.photobucket.com/albums/pp144/khidir_931/bandung/

Stage 1 : anak itik

Untuk stage 1 ni, aku bermula dengan membela 1000 ekor berbaka Khaki Cambell...for the future plan mmg nk ternak sebanyak mungkin and ade ladang sendiri...INSYALLAH...
anak2 itik ni aku beli pada Ladang Teoh kt Changkat Jering, Perak...tauke Teoh ni mmg sempoi org nyer...sembang mmg sempoi...hanya berbaju pagoda+suar pendek cekelat+berselipar jepun...skali pandang mesti korang igt die pekerja ladang...huhu...skali tauke "busat" la...die ade ladang besar teramat tak tahu aku nk ckp camna...abis lombong2 kawasan tu die buat nyer ladang Itik...dari pengamatan mata aku la...lebih dr 10000 ekor itik ada kt ladang die tu...die nyer pusat breeding anak itik dh mcm warehouse...huhu...kagum2...
Aku kesana pada 1 Ogos 2008...awal pagi aku dh gerak ngan mon and bro BS...pinjam van bro BS utk angkut anak2 itik tu...mula terbayang gak...muat ke van rusa ni...nk masuk 1000ekor...bile dh smp cna...dierang dh siap packing kan anak2 itik tu dlm kotak kayu...satu kotak muat 100 ekor...so ade 10 kotak..tauke teoh dgn berbaik ati nyer meng"extra"kan 20ekor...incase ade kematian kata nyer...maklum la...newbie dlm ternakan ni...mana tau ade kematian ke apa...die kata itik bleh stress bile dlm perjalanan...ye ar...dr Changkat Jering nk ke Tanjung Karang...dekat 3 jam gak drive...setel payment kiterang pun berangkat ke Tg. karang...
Smp kt cna Abg Zul dh siap tggu...semggu sebelum tu kiterang dh bertungkus lumus siap kan pagar utk kawasan itik ni...huhu...die punye penat...haha..dh lama tggl kan keja2 berat tgh panas ni...sejak 2 menjak keje dlm ofis ber aircond...hehe...selesai je tranfer itik kt ladang...kiterang trs grk blk KL...smp umah dh mlm...
Kat bwh ni ade la serba sedikit pic anak itik...masa amik anak itik tu masing2 lupe nk bwk camera...nk amik pakai camera fon pn terlupa...hehe...pic kt bwh selepas anak itik dh 4 mggu...itu pun pakai camera fon...hehe...
*kawasan anak itik 1000 ekor









*sori pic x brape clear sbb gune camera fon...


Projek Itik Telur


Kat cni aku nk share la ngan korang yg sudi lawat blog aku ni...bulan Jun 2008, aku dan kwn aku 'Mon' mula discuss pasal projek itik telur ni...byk projek yg aku ngan mon ni fikir2 kan nk buat...yela...nk menjana income...mula2 aku nk buat projek lembu...lepas aku jumpa haji akbar kt bukit sentosa, die ajk aku join projek rusa die...(asal nk beli lembu kt uncle akbar ni)...lepas die explain kt aku ngan mon pasal projek ni...aku mmg interested la...then bile difikir2 kan...mmg masyuk projek ni...tapi long term ar...kontrak farming yg die sediakan tu mmg bagus...cume kos die tinggi skit la...

So, aku amik keputusan tarik diri dr projek rusa tu...survey2 punyer survey...start la projek itik aku...aku dan mon dipertemukan ngan abg zul, pengusaha itik daging secara kecil-kecilan...die ade tanah...luas gak tanah die..dekat 5 ekar...tp die buat projek kecik2...sbb die kata xde modal nk buat besar2...bg aku lg bagus start dr kecik...then kembangkn smp besar...selepas discuss ngan die...die bg tumpang tanah die utk buat projek itik telur ni...bab sewa tanah tak pernah dibincangkan, bukan tak pernah...abg zul kata "buat dulu...nnt dh ade hasil baru kiter kire"...aku salute abg zul ni...die tak pernah berkire...rezeki aku jumpa ngan hamba allah seperti ini...die siap ckp"kiter sesama maju kan projek ni...naik kan nama melayu"...dgr die ckp camtu...bertambah semangat aku nk start projek ni...Tanah Abg Zul ni terletak di Kg. Sungai Terap, Tanjung Karang...sejam perjalanan jugak la dr umah aku ke ladang ni...

Bermodal kan duit company (Enigma Global Solutions --> http://enigmags.wordpress.com/) aku yg aku buat supply selama 2 tahun ni...aku invest utk projek itik pulak...akupun start la buat kire2 utk projek itik ni...

Ok la...nnt aku post pic2 projek itik aku and cara ternak itik skali...

Azam Tahun Baru...hehe

Huhu...tah la...punya la beriya aku nak update blog aku dr bulan july aritu...smp post aku gi kuala gandah pun aku x update2....busyman la kata kan...(busy la sgt ek)...haha...susah tul aku nk jinak2 kan diri aku ni ngan blog ni...tak tahu napa...smp aku leh lupa aku nyer password...hampeh tul...!!!

rupe2 nyer paktam aku pun blogger gak...die lagi ar rajin update ari2...apa aje yg die buat...huhu..keep the good work paktam...aku kagum ngan paktam aku...so, aku pun akan usaha update blog aku ni...hehe...dah la aku ni dlm bidang IT...tp xpernah amik tahu hal2 IT...ekeke...

so, starting from today...i'll try to update my blog...hopefully....!!!!