Saturday, January 10, 2009

Mengalami masalah "NTLDR missing"

Tentu pernah anda menjumpai situasi sebegini ketika ingin loading Windows XP.
“NTLDR Missing”
“Press Ctrl-Alt-Del to restart”
Apabila ini berlaku masalah besar mula timbul dimana anda tidak boleh masuk ke Windows XP lagi. Jika anda mempunyai Cd Windows XP anda boleh membaik pulih dan kembali kepada sedia kala.


Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi proses pemulihan.
Langkah-langkahnya adalah :
1. Boot computer anda dengan cd tersebut
2. Di menu Setup Windows Xp, press (tekan) R untuk repair windows.
3. Anda akan log on ke windows installation dan masukkan admin password.
4. Kemudian copy file dengan menggunakan arahan
c:\copy x:\i386\ntldr c:\
c:\copy x:\i386\ntdetect.com c:\
5. Setelah file itu dicopy, reboot computer.

***x adalah CD-ROM / DVD-ROM anda.

2 comments:

Anonymous said...

Hi ....By the way i am Isha from india.I found your name in one of my friend's Blog.i have already added you in my blog roll if you dont mind please add me in your blogs friends list..LET US SHARE OUR EXPERIENCES.Bye takecare friend.And see you in next post...

Putra Bertam said...

engkau memang pakar le along. Bangga pak tam. Kalau ada laptop murah-murah secondhand tu beritahu le pak tam. Teringin nak pakai laptop pulak. maklumlah blogger. senang nak bawa kehulu kehilir.